AGP Picks
View all

Asia Pasifik Mendahului Dunia dalam Peningkatan Tadbir Urus, Menurut Penemuan Indeks Chandler

BANGKOK, Aug. 19, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Asia Pasifik mencatatkan peningkatan tadbir urus paling kukuh sebagai rantau menerusi Indeks Tadbir Urus Baik Chandler (CGGI) 2026, dengan 79% kerajaan di rantau ini mencatatkan skor yang lebih tinggi tahun ini. Singapura pula mengekalkan kedudukan teratas dunia untuk tahun keempat berturut‑turut.

Kini memasuki tahun keenam, CGGI menilai keupayaan dan keberkesanan 133 kerajaan di seluruh dunia merentasi tujuh tonggak: Leadership & Foresight (Kepimpinan & Pandangan Jauh), Robust Laws & Policies (Undang‑Undang & Dasar Kukuh), Strong Institutions (Institusi Kukuh), Financial Stewardship (Pengurusan Kewangan), Attractive Marketplace (Pasaran Menarik), Global Influence & Reputation (Pengaruh & Reputasi Global) serta Helping People Rise (Membantu Rakyat Bangkit).

Penemuan ini telah dibentangkan oleh Dinesh Naidu, Pengarah (Pengetahuan) di Chandler Governance Group (CGG), dalam sesi bersama bertajuk “Tadbir Urus Masa Depan di Asia dan Pasifik” sebagai sebahagian daripada program OECD‑UNDP‑OPDC “Transforming Public Services in Thailand” di Bangkok. Sesi tersebut turut memperkenalkan Indeks Tadbir Urus Masa Depan (FRGI), sebuah alat penanda aras baharu yang sedang dibangunkan bersama oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Chandler Governance Group (CGG). Inisiatif ini bertujuan menyokong kerajaan di Asia Pasifik dalam menghadapi era yang penuh ketidaktentuan, transformasi struktur serta cabaran kompleks yang kian meningkat.

“Kemajuan Asia Pasifik tahun ini membuktikan bahawa pelaburan berterusan dalam institusi dan penyampaian perkhidmatan awam memberikan hasil, meskipun dalam persekitaran global yang mencabar. Apa yang ketara ialah keluasan dan keterangkuman pencapaian ini. Sejak 2021, rantau ini telah mencatatkan peningkatan merentasi enam daripada tujuh tonggak Indeks, sekali gus menunjukkan usaha terancang dan berterusan dalam membina keupayaan dalam bidang yang paling penting kepada rakyat,” kata Naidu.

Indeks ini mendapati peningkatan tadbir urus berlaku secara meluas, namun tidak seragam
Dengan menempatkan lebih separuh daripada populasi dunia, 19 negara Asia Pasifik dalam CGGI mencatatkan peningkatan terbesar dalam skor purata keseluruhan berbanding mana‑mana rantau sejak 2021. Lima negara dari rantau ini ditempatkan dalam kelompok 20 teratas dunia, manakala 11 negara berada dalam separuh teratas Indeks. Singapura (1), Australia (11), New Zealand (13), Korea Selatan (16) dan Jepun (17) merupakan lima negara teratas di rantau ini. Peningkatan paling ketara tertumpu pada tonggak Strong Institutions dan Helping People Rise.

Thailand berada di kedudukan ke-58 dunia, dalam separuh teratas Indeks, dipacu oleh kedudukan global ke-18 yang kukuh dalam tonggak Financial Stewardship, jauh lebih tinggi daripada kedudukan keseluruhannya. Financial Stewardship kekal sebagai cabaran berterusan di Asia Pasifik: hanya tiga negara — Mongolia, Vietnam dan Jepun — memperkukuh skor mereka dalam tonggak tersebut sejak 2021, menyerlahkan betapa mencabarnya usaha konsolidasi fiskal dan disiplin perbelanjaan.

Kemajuan di rantau ini tidak seragam. Keempat-empat negara Asia Timur — China, Jepun, Korea Selatan dan Mongolia — mencatatkan peningkatan skor keseluruhan sejak 2021. Vietnam merekodkan peningkatan skor keseluruhan terbesar di Asia Pasifik sejak Indeks tersebut diperkenalkan. Oceania muncul sebagai rantau paling berprestasi, dengan Australia dan New Zealand masing‑masing berada dalam kelompok 20 teratas dunia. Asia Selatan memberikan gambaran bercampur: hanya Nepal mencatatkan peningkatan skor keseluruhan sejak 2021. Keputusan terkini India dari tahun ke tahun menunjukkan tanda pemulihan, dengan peningkatan dalam tonggak Financial Stewardship dan Helping People Rise.

Alat praktikal untuk kerajaan
Direka oleh pengamal untuk pengamal, CGGI menyediakan kerajaan dengan alat diagnostik untuk menanda aras prestasi dan mengenal pasti bidang pembangunan keupayaan, berasaskan bukti daripada rakan setara di rantau ini dan seluruh dunia.

“Kerajaan Asia Pasifik telah membuktikan bahawa mereka mampu meningkatkan prestasi dan CGGI menyediakan asas bukti untuk mengenal pasti keupayaan asas yang perlu diperkukuh. Berdasarkan itu, Indeks Tadbir Urus Masa Depan yang sedang dibangunkan bersama oleh CGG dan UNDP direka untuk membantu mereka membina keupayaan agar sentiasa mendahului cabaran akan datang,” kata Naidu.

Indeks penuh 2026, termasuk profil negara, skor tonggak serta perbandingan sejarah, tersedia di https://chandlergovernmentindex.com/

Pertanyaan Media:
Kiara Kijburana | kiara.kijburana@chandlergovernance.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: 
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/675af18d-27e4-4276-b0f2-bd567314674f/ms
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/fbf2fdd8-b15a-44b6-963d-2ab1d9ffdfb2/ms
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ab8d81f7-692d-4dc6-8874-23481cb1f824/ms
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/688e1af3-1de9-47ed-a541-d0d27f81ed79/ms
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/689802c3-1a17-412c-a35a-f53b1bbbf375/ms


Primary Logo

Chandler Good Government Index 2026 Asia Pacific Rankings

Chandler Good Government Index 2026 Asia Pacific Rankings
Transforming Public Services in Thailand

A joint session on “Future-Ready Governance in Asia and the Pacific,” as part of the OECD-UNDP-OPDC “Transforming Public Services in Thailand” programme in Bangkok
Transforming Public Services in Thailand

A joint session on “Future-Ready Governance in Asia and the Pacific,” as part of the OECD-UNDP-OPDC “Transforming Public Services in Thailand” programme in Bangkok
Transforming Public Services in Thailand

A joint session on “Future-Ready Governance in Asia and the Pacific,” as part of the OECD-UNDP-OPDC “Transforming Public Services in Thailand” programme in Bangkok
Transforming Public Services in Thailand

A joint session on “Future-Ready Governance in Asia and the Pacific,” as part of the OECD-UNDP-OPDC “Transforming Public Services in Thailand” programme in Bangkok

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Advanced Search Options

Search for:

Search scope:

Type:

Search in:

Date range:

The last

Sort by:

Sign up for:

World Governments Watch

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.